Risalatul Murid Habib Abdullah al Haddad (14)
Peranan Zikir Hal yang penting bagi orang yang menuju ke jalan Allah, sesudah mengerjakan perintah dan meninggalkan larangan, ialah berzikir kepada Allah swt. Wahai murid yang budiman, berzikirkepada Allah Taala dengan lisan dan dengan hati, pada setiap munasabah dan pada setiapwaktu dan tempat. Adapun zikir yang terkumpul didalamnya segala maksud zikir-zikir dan tujuan-tujuannya yang zahir mahupun batin, iaitu sebutan La ilaaha illallaah (Tiada Tuhan melainkan Allah). Zikir inilah yang wajib dilazimkan oleh orang-orang permulaan menuju ke jalan Allah dan yang wajib kembali kepadaNya oleh orang-orang yang telah sampai ke ke puncak makrifatullah. Sesiapa yang ingin merasakan sesuatu rahasia dari rahasia-rahasia thariqat dan disingkap tabirbaginya dengan sesuatu cahaya Nur Hakikat, maka hendaklah ia melazimkan diri denganberzikir kepada Allah Taala dengan hati yang hadir, penuh adab dan tertib dengan tujuan yangbenar serta tawajjuh (menghadapkan diri) yang penuh khusyu� dan tawaddhu Apa...