Habib Sangeng al-Haddad

Beliau adalah Habib 'Abdullah bin 'Ali bin Hasan bin Husain bin Ahmad bin Hasan bin Shohibur Ratib Habib 'Abdullah al-Haddad. Dilahirkan pada tanggal 2 Shafar al-Khair 1261H di Kota Hawi, Tarim, Hadhramaut. Habib 'Abdullah bin 'Ali al-Haddad
 Habib Sangeng lahir dalam keluarga yang kuat berpegang dengan agama, keluarga keharuman ahlul bait dan kewalian semerbak mewangi. Sejak kecil lagi beliau dididik dan diasuh sendiri oleh ayahanda beliau sehingga dalam usia kecil tersebut beliau telah hafal al-Quran.

Kemudian beliau berguru pula dengan berbilang ulama besar di Hadhramaut, antara guru beliau adalah:-
Habib 'Abdur Rahman al-Masyhur, mufti Hadhramaut, pengarang kitab "Bughyatul Mustarsyidin";
Habib 'Umar bin Hasan al-Haddad;
Habib 'Aidrus bin Umar al-Habsyi, pengarang "Iqdul Yawaaqit";
Habib Muhsin bin 'Alwi as-Saqqaf;
Habib Muhammad bin Ibrahim BilFaqih;
Habib Thahir bin 'Umar al-Haddad;
Syaikh Muhammad bin 'Abdullah BaSaudan;
Habib Ahmad bin Muhammad al-Muhdhar;

Pada tahun 1295 H, berangkatlah beliau menuju ke Haramain untuk menunaikan ibadah haji. Di kota Makkah, beliau tinggal di kediaman Al-Habib Muhammad bin Husain al-Habsyi, ayahanda Shohibul Mawlid Habib 'Ali bin Muhammad al-Habsyi, yang berada di daerah Jarwal. Di sana keduanya saling mengisi dengan membaca bersama-sama kitab-kitab agama. Pada saat di kota Madinah, beliau bertemu dengan Asy-Syaikh Muhammad Abdul Mu''thi bin Muhammad Al-'Azab, seorang faqih dan pakar bahasa dan kesusasteraan Arab, serta pengarang kitab Mawlid al-'Azab. Di sana juga keduanya saling mengisi dengan saling memberikan ijazah. Di Kota Madinah juga, kemuliaan dan ketinggian maqam beliau tersingkap apabila Mufti Haramain, Sayyid 'Umar Syatha datang kepada beliau dan sangat-sangat memuliakan beliau. Diceritakan bahawa sebelumnya, Sayyid 'Umar telah bermimpikan Junjungan Nabi SAW yang memerintahkan beliau untuk menziarahi Habib 'Abdullah bin 'Ali al-Haddad dan Junjungan SAW turut memaklumkannya bahawa Habib 'Abdullah al-Haddad ini adalah cucu baginda yang sebenar.

Pada tahun 1297 H, beliau melakukan hijrah dalam rangka berdakwah ke negeri Melayu. Tempat awal yang beliau tuju adalah Singapura, kemudian beliau menuju ke Johor. Di Johor beliau tinggal selama 4 tahun. Setelah itu beliau meneruskan perjalanan dakwahnya ke pulau Jawa. Sampailah beliau di daerah Betawi. Beliau lalu meneruskan perjalanan ke kota Bogor, Solo dan Surabaya. Beliau tidak tertarik tinggal di kota-kota tersebut, walaupun diajak penduduk setempat untuk menetap di kotanya.

Sampai akhirnya pada tahun 1301 H, tepatnya akhir Syawal, beliau tiba di kota Bangil. Disanalah beliau menemukan tempat yang cocok untuk menetap dan berdakwah. Mulailah beliau membuka majlis taklim dan rauhah di kediaman beliau di kota Bangil. Beliau juga mengembangkan dakwah Islamiyyah di daerah-daerah lain di sekitar kota Bangil. Di sana juga beliau mengamalkan ilmunya dengan mengajar kepada murid-murid beliau. Keberadaan beliau di kota Bangil banyak membawa kemanfaatan bagi masyarakat di kota tersebut. Tidak jarang pula, masyarakat dari luar kota datang ke kota itu dengan tujuan untuk mengambil manfaat dari beliau. Di antara murid-murid beliau yang menjadi ulama dan kiyai besar adalah:-

Kiyai Kholil Bangkalan;
Kiyai Zayadi;
Kiyai Husein;
Kiyai Mustafa;
Kiyai Muhammad Thahir;
Habib Muhammad bin Ahmad al-Muhdhar;
Habib 'Alwi bin Muhammad al-Haddad;
Habib 'Ali bin Abdur Rahman al-Habsyi (Habib Ali Kwitang);
Habib Ahmad bin Muhsin al-Haddar.

Beliau juga ada mengarang beberapa karya tulis, antaranya:-
Hujjatul Mukminin fit Tawassul bi Sayyidil Mursalin;
Maulidil Haddad, nazam maulid Junjungan Nabi SAW.
Habib 'Abdullah bin Ali al-Haddad adalah seorang yang sangat pemurah dan sangat memperhatikan para fakir miskin. Bahkan setelah bermastautin di Kota Bangil, beliau bukan sahaja menyara keluarga dan murid-muridnya bahkan puluhan lagi keluarga miskin yang berada di sekitarnya dibiayai belanja mereka pada setiap bulan. Dan sering pada waktu malam, ketika orang tidur, beliau akan meronda sekitar Kota Bangil untuk mencari orang yang perlukan bantuan.

Habib 'Abdullah adalah seorang yang tidak suka dengan kemasyhuran. Beliau tidak suka difoto atau dilukis. Beberapa kali dicoba untuk difoto tanpa sepengetahuan beliau, tetapi foto tersebut tidak jadi atau rusak. Beliau adalah seorang yang mempunyai sifat tawadhu. Beliau selalu menekankan kepada para muridnya untuk tidak takabur, sombong dan riya. Dakwah yang beliau jalankan adalah semata-mata hanya mengharapkan keridhaan Allah Azza wa Jalla. Dan inilah bendera dakwah beliau yang tidak lain itu semua mengikuti jalan yang telah ditempuh oleh para pendahulunya.

Pada hari Jum'at, 15 Shafar 1331 H, sesudah melaksanakan shalat Ashar, berpulanglah Habib 'Abdullah bin 'Ali al-Haddad kepada Tuhan Rabbul Alamin dengan amal baik beliau yang beliau tanam semasa hidupnya. Beliau disemadikan di daerah Sangeng, Bangil. Moga-moga Allah meredhai dan merahmatinya sentiasa dan menghubungkan keberkatan beliau kepada kita sekalian.... al-Fatihah.

*********************************************

Qasidah karangan Habib Sangeng

Dikatakan bahawa bait-bait istighatsah ini adalah mujarrab sebagai wasilah untuk menarik rezeki, menyembuhkan penyakit, menolak bala`, fitnah, pancaroba, wabak dan kejahatan musuh. Boleh dibaca setiap malam selepas membaca ratib

---
Pada salah satu mukaddimah ijazahnya disebutkan, �Aku berikan ijazah kepada keturunan Al-Quthb Al-Ghaouts, Habib Abdullah bin Ali Al-Haddad sebagai ahli ibadah yang tampak di wajahnya cahaya ulama salaf. Kelak dia akan menggantikan kedudukan salaf pendahulunya, dan aku anggap dia sebagai anakku.�

Pada 1295 H / 1814 M ia menunaikan ibadah haji berziarah ke makam Rasulullah SAW. Selama berada di Mekah, ia tinggal di rumah Mufti Habib Muhammad bin Husien Al-Habsyi, ayahanda Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi, penyusun Simthut Durar. Sementara di kota Jarwal, ia mempelajari ilmu Nahwu dan Mantiq, sehingga memperoleh ijazah dari Sayid Ahmad Zaini Dahlan.

Tak lama kemudian ia menuju Madinah, tinggal 4 bulan di sana, berguru kepada Syekh Muhammad Abdul Mukti bin Muhammad Al-Azab, seorang fakih dan pakar bahasa Arab, tapi ia tidak mendapat ijazah, sebelum mendapat ijazah dari Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad. Setelah mendapat ijazah dari Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad berupa wirid dan kitab-kitab karangannya, barulah ia memperoleh ijazah dari Syekh Muhammad bin Abdul Mkti.

Pada 1297 H / 1819 M ia mulai berdakwah ke tanah Melayu. Mula-mula ke Singapura, lalu ke Johor. Di sana ia bersahabat dengan Sayid Salim bin Thaha Al-Habsyi dan Sultan Abu Bakar bin Ibrahim yang saat itu menjadi Sultan Johor. Ketika menghadiri peresmian istana kesultanan Johor, ia ditemui oleh Sultan Ahmad dari Padang dan diminta untuk menjadi Mufti di sana. Namun Habib Abdullah menolak dengan halus.

Setelah kurang lebih 4 tahun berdakwah di Johor, ia meneruskan perjalanan dakwahnya ke Jawa, Indonesia mula-mula ia tiba di Batavia, kemudian meneruskan ke Bogor, Solo dan Surabaya. Di kota-kota tersebut, ia merasa kurang nyaman, walaupun kaum muslimin sempat menyambutnya dengan antusias. Pada akhir syawal 1301 H, ia tiba di Bangil, Jawa Timur. Disinilah ia merasakan kenyamanan dan pada akhirnya menetap untuk berdakwah. Setiap hari, selepas asar, ia menggelar pengajian, dan setiap Kamis mengisi Majlis Taklim di Masjid Kalianyar.

Ia mengisi hari-harinya dengan ibadah, sejak maghrib hingga Isya, ia selalu membaca Al-Qur�an dengan hafalan, selepas salat Isya berjema�ah, ia beristirahat selama dua jam, setelah itu membaca Ratib bersama anak dan para sahabatnya. Kemudian ia belajar sampai jam 24.00.

Dua jam kemudian, ia beristirahat, lalu salat sunnah, setelah itu berkeliling Kota Bangil. Pukul 03 dini hari pulang, lalu salah Tahajud hingga menjelang fajar. Setelah salat subuh berjema�ah bersama keluarga, ia membaca wirid sampai menjelang Dhuha, lalu salat Dhuha delapan raka�at. Begitulah amalan ulama besar ini setiap hari.

Pada suatu malam ketika mengelilingi kota Bangil, ia bertemu dengan seorang Hansip, �Kenapa malam-malam begini Habib berkeliling di jalanan?� tanya si Hansip keheranan. �Mengapa kamu juga berada di Pos penjagaan ini?� Habib Abdullah balik bertanya. �Kami ditugasi oleh pak Camat menjaga daerah sekitar sini,� jawab si Hansip. Maka Habib Abdullah pun menimpali, �Saya juga mendapat tugas dari penguasa alam semesta.�

Suatu hari ia membacakan kitab-kitab karangan Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad di masjid Kalianyar. Setiap kali hadir di majlis taklim yang dihadiri kurang lebih 60 orang itu, ia biasa membawa ketel kecil berisi kopi, usai pengajian menjelang magrib, dihidangkanlah kopi itu pada para jema�ah. Ternyata kopi itu cukup untuk 60 orang yang hadir.

Suatu hari, tanpa diduga, Habib Muhammad bin Ahmad Al-Mukhdar bersama rombongan sebanyak 60 orang berkunjung ke majlis taklim tersebut. Habib Abdullah meminta Syekh Mubarak Jabil menuangkan kopi dan menghidangkannya kepada mereka. Setelah menuangkan kop ke beberapa cangkir, ternyata kopinya habis, dan ia berhenti menghidangkan kopi. �Tuangkan lagi kopinya,� kata Habib Abdullah.

Dengan bingung, Syekh Mubarak berbisik kepada Habib Muhammad, putra Habib Abdullah, �Ketelnya sudah kosong.� Tapi kata Habib Muhammad, �Turuti saja perintahnya.� Maka Syekh Mubarak pun kembali mencoba menuangkan kopi ke cangkir-cangkir dari ketel kosong itu. Betapa terkejutnya ia manakala dilihatnya dari ketel kosong itu tetap mengucur kopi hangat hingga seluruh tamu kebagian.

Suatu sore seorang bangsawan Bugis dari Makasar bertandang ke Bangil, dan menghadiahkan sebuah peti dari emas berisi kayu Gaharu dan sejumlah besar uang untuk Habib Abdullah. Sebelum menerima hadiah, ia bertanya, �Apakah di negaramu ada orang yang berhak menerima sedekah?� bangsawan itu menjawab, �Ya, ada.� Maka Habib Abdullah minta agar hadiah itu di bagi-bagikan kepada fakir miskin di Makasar.

�Alhamdulillah, kami dalam keadaan mampu,� ujar Habib Abdullah seraya menunjukkan sebuah kantung penuh berisi uang emas. Maka sang bangsawan bugis itu segera mohon maaf dan berjanji akan melaksanakan amanatnya. Habib Abdullah memang terkenal sangat dekat dengan fakir miskin. Setiap bulan, ia membantu sekitar 70 keluarga fakir miskin.

Suatu hari, Residen Pasuruan datang ke Bangil, begitu ia turun dari kereta berkuda, semua orang berdiri menghormatinya. Kebetulan saat itu, Habib Abdullah berada di situ, mengantar pamannya, Habib Ahmad bin Hasan Al-Haddad, hendak pulang ke Surabaya. Ketika sang Residen lewat persis di depan Habib Abdullah, ia tidak mengindahkannya, ia tetap duduk santai, tidak berdiri menghormatinya.

Maka datanglah seorang anggota polisi memerintahkan datang ke kantor Residen Pasuruan. Tanpa pikir panjang ia berangkat kesana. Sampai disana, ia menunggu di ruang depan, tapi tak seorang petugas pun menemuinya. Anehnya, bahkan ada beberapa orang petugas yang lari ketakutan ketika melihat kehadiran Habib Abdullah. Akhirnya, seorang pegawai keresidenan menemuinya sambil berkata gemetaran, �Sebaiknya Habib kembali saja, sebab Residen dan semua stafnya takut melihat kedatangan Habib yang di dampingi dua ekor harimau dengan mulut terbuka.� Setelah kejadian itu, sang Residen meletakkan jabatan.

Suatu hari Sayid Umar Syatta, Mufti Haramain dari Mekah, menerima Ru�yah (penampakan dalam mimpi) bahwa Rasulullah menganjurkan untuk menemui Habib Abdullah bin Ali Al-Haddad. �Dia adalah cucuku yang sebenarnya,� kata Nabi dalam Ru�yah tersebut. Dalam pertemuan itu, Sayid Umar Syatta menciumi lutut dan kaki serta mohon maaf kepada Habib Abdullah kerena tidak tahu kedudukan Habib Abdullah, seandainya Nabi tidak memberitahukannya.

Ada satu hal yang selalu ia tekankan kepada murid-muridnya, juga dalam tulisan di beberapa kitabnya ia selalau mengajarkan untuk berperilaku tawadu� (rendah hati), tidak takabur, sombong dan riya�. Sebab kata Habib Abdullah, semua itu adalah sifat-sifat setan.

Referensi Kisah Alkisah no. 21 / 11-24 Okt 2004

Comments

Popular posts from this blog

Cara Membuat Halaman Login Hotspot Berbeda pada 1 Mikrotik

UltraISO Premium Edition v9.5.3

Arti OSAKMJ